Saturday, March 15, 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bank tersilap bayar AS$175 juta

    LONDON, 31 DIS – Bank United Kingdom (UK) Santander kelmarin sedang berusaha untuk mendapatkan semula AS$175 juta yang tersilap telah dibayar pada hari Krismas.

    Disebabkan oleh ‘masalah teknikal,’ 75,000 pembayaran oleh kira-kira 2,000 pemegang akaun korporat dan komersial dibuat dua kali kepada penerima mereka, kata bank itu dalam satu kenyataan yang dihantar kepada AFP, mengesahkan laporan dalam The Times.

    Transaksi pendua yang dibuat pada pagi kelmarin datang daripada bank simpanan itu sendiri, bermakna tiada pelanggan yang terkecuali, kata bank itu.

    Ia menambah bahawa ia “akan bekerjasama dengan kebanyakan bank di seluruh UK untuk memulihkan urus niaga pendua dalam beberapa hari akan datang.”

    Bank tersebut berkata pembayaran itu termasuk gaji dan pembayaran kepada pembekal.

    The Times melaporkan bahawa pembayaran berkenaan telah dibuat ke dalam akaun di beberapa buah bank UK, yang kini telah diminta oleh Santander untuk mendapatkan semula duit tersebut.

    Sebuah bank memberitahu akhbar bahawa ia keberatan untuk mendapatkan semula wang jika pemegang akaun telah membelanjakan duit yang tidak dijangka dan ini akan menyebabkan mereka mengalami ‘overdraf’. – AFP

    Logo sebuah bank Santander digambarkan di Madrid. Bank UK, Santander kelmarin, sedang berusaha untuk mendapatkan semula AS$175 juta yang telah dibayar pada Hari Krismas secara tidak sengaja. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda