Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Bantah kenaikan harga

    ATHENS, 6 APRIL – Pengangkutan awam sebahagian besarnya terhenti di ibu kota Greece hari ini dan perkhidmatan yang dikendalikan oleh negara kekal ditutup ketika pekerja-pekerja mengadakan bantahan 24 jam disebabkan kenaikan harga.

    Bantahan itu mengakibatkan feri-feri dari dan ke pulau-pulau Greece terus berada di pelabuhan, dan menyebabkan Athens tanpa kereta api bawah tanah, tram, troli atau kereta api luar bandar, sementara bas terpaksa digunakan selama 12 jam bermula 9 pagi.

    Hospital-hospital yang diuruskan oleh negara hanya merawat kes kecemasan ketika petugas penjagaan kesihatan turut menyertai bantahan, digesa dua kesatuan utama bagi pekerja sektor awam dan swasta, meminta penaikan gaji dan langkah untuk menangani kenaikan harga.

    Beberapa bantahan dirancang di tengah Athens dan bandar-bandar utama lainnya.

    “Selama 14 tahun, pekerja telah menanggung beban krisis yang memberi kesan kepada pendapatan dan kehidupan semua orang,” kata Kesatuan Konfederasi Am Pekerja Greece, merujuk kepada krisis kewangan negara itu yang bermula pada akhir tahun 2009 dan meng-akibatkan negara itu bergantung kepada jaminan antarabangsa selama sedekad.

    “Bertahun-tahun sudah berlalu dan krisis semakin meruncing, beban masih ditanggung, hak semakin terbatas.

    “Kami mengadakan tunjuk perasaan dan meminta pihak kerajaan untuk mengambil langkah dengan segera,” tambahnya.

    Greece menyaksikan peningkatan harga, terutama sektor tenaga dan beberapa barangan runcit seperti tepung, berpunca daripada pencerobohan Rusia di Ukraine.- AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...