BUCHAREST, 5 Feb – Perdana Menteri Romania semalam mengumumkan pengunduran dramatik perundangan yang telah dilihat sebagai pengunduran berhubung rasuah, selepas bantahan terbesar sejak diktator Nicolae Ceausescu yang digulingkan dan dihukum mati pada tahun 1989.
Para pembantah berikrar akan meningkatkan tekanan ke atas kerajaan, bagaimanapun selepas bantahan selama lima hari yang memuncak dengan kira-kira 330,000 orang keluar ke jalan raya di seluruh negara semalam.
Perdana Menteri Sorin Grindeanu berkata dalam kenyataan yang disiarkan di televisyen bahawa kerajaan akan mengadakan pertemuan hari ini untuk mengundurkan perintah kecemasan yang boleh menyaksikan beberapa pegawai yang korup terlepas dari penghukuman.
“Saya tidak mahu memecahbelahkan Romania,” Grindeanu berkata di ibu pejabat kerajaan di tengah Bucharest, yang mencetuskan keraian dikalangan kira-kira 120,000 orang yang mengadakan bantahan di luar bagi malam kelima berturut-turut.
Raluca, seorang penunjuk perasaan yang berusia dalam 30an, berkata dia gembira, namun kerajaan sayap kiri kerajaan yang telah berkuasa kurang sebulan, masih tidak boleh dipercayai.
“Orang ramai akan terus berhati-hati dengan kerajaan ini,” dia memberitahu AFP.
Perintah itu, yang telah diluluskan Selasa lalu dan dijangka dikuatkuasakan pada 10 Februari akan menjadikan penyalahgunaan kuasa satu jenayah yang hanya boleh dihukum penjara jika jumlah melibatkan melebihi 200,000 lei (44,000 euro, AS$47,500). – AFP