BAGHDAD, 8 DIS – Ribuan pembantah Iraq berarak ke jalan-jalan raya dan medan awam di bandar dan selatan yang bergolak hari ini, mengatakan mereka tidak dihalang dengan keganasan maut yang bermaksud untuk ‘menakutkan’ mereka.
Di Baghdad, khalayak pembantah antikerajaan memenuhi Medan Tahrir, pusat tumpuan pergerakan mereka.
Lewat Jumaat, lelaki bersenjata tidak dikenali menyerang kompleks parkir dekat Tahrir di mana penunjuk perasaan telah berkampung selama berminggu-minggu, mengakibatkan 20 pembantah dan empat pegawai polis maut, kata paramedik kepada AFP.
Para pembantah khuatir ia menandakan gerakan mereka akan berkurangan namun hari ini, bilangan mereka yang berkumpul di bawah terik matahari di Tahrir semakin meningkat.
“Mereka cuba untuk menakutkan kami dalam apa cara yang mereka boleh tetapi kami akan tetap membantah di jalanan,” kata Aisha, seorang pembantah berusia 23 tahun.
Kira-kira 452 orang – majoritinya pembantah – telah terkorban dan 200,000 cedera sejak perhimpunan itu meletus.
Di Nasiriyah, tempat utama pembantah di mana puluhan terbunuh dalam siri keganasan bulan lalu, para pembantah berkumpul semula di perbandaran bersama perwakilan daripada puak-puak berkuasa. – AFP
