Friday, May 9, 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bantahan di Bangkok, dua cedera

    BANGKOK, 13 OGOS – Dua orang pembantah cedera apabila polis Thailand melepaskan gas pemedih mata dan tembakan peluru getah semasa satu perhimpunan di Bangkok, hari ini, yang ketiga minggu ini ketika kes-kes koronavirus melambung dan kemarahan meningkat terhadap cara kerajaan menangani pandemik.

    Negara itu berdepan gelombang virus paling buruk setakat ini dan mencatatkan kes harian tertinggi pada 23,418 kes, hari ini.

    Program vaksinasi Thailand yang perlahan dan impak ekonomi daripada sekatan-sekatan telah meningkatkan tekanan politik terhadap kerajaan Perdana Menteri Prayut Chan-O-Cha.

    Para pembantah berhimpun di Bangkok di satu persimpangan utama dekat Victory Monument, mengingkari sekatan terhadap perhimpunan awam, dan membakar beg-beg berisi buah mereput melambangkan kesukaran ekonomi para petani.

    “Buah-buah ini tidak dapat dijual disebabkan kegagalan kerajaan (untuk menangani virus dan ekonomi),” seorang pembantah wanita memberitahu ratusan orang yang berhimpun.

    Para pembantah cuba berarak ke kediaman Prayut di berek tentera memegang sepanduk besar yang bertulis “Prayut mesti berundur segera”.

    Polis menggunakan kawat berduri dan barisan kontena-kontena pengangkutan untuk menghalang laluan mereka sementara anggota polis melepaskan gas pemedih mata, peluru getah dan meriam air. – AFP

    Para pembantah membakar buah-buahan untuk menarik perhatian terhadap kesusahan para pekerja ladang semasa bantahan yang menuntut peletakan jawatan perdana menteri Prayut Chan-O-Cha, di Bangkok, semalam. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda