Thursday, February 20, 2025
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bantahan ganas ragut nyawa ke-13

    TUTICORIN, India, 24 Mei – Seorang pembantah yang ditembak ketika tunjuk perasaan ke atas sebuah kilang tembaga di selatan India telah meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya hari ini, kata pegawai, mangsa ke-13 yang terbunuh akibat tembakan polis.

    Satu perintah berkurung masih berkuatkuasa di kawasan bandar Tuticorin di negeri Tamil Nadu, di mana polis menggunakan peluru hidup untuk meleraikan bantahan minggu ini, sekali gus membangkitkan kemarahan antarabangsa dan menuntut siasatan dilancarkan.

    Permintaan kilang peleburan tembaga, yang dimiliki oleh syarikat perlombongan Britain Vedanta Resources, ditutup telahpun meningkat dalam beberapa bulan ini, dengan penduduk mengadu ia mencemari bandar mereka. Tentangan menjadi genting pada Selasa apabila polis menghalang beribu-ribu orang daripada membuat bantahan di luar kilang.

    Kereta dan bangunan dibakar dan batu dilontar pada polis, yang bertindak balas dengan tembakan peluru hidup. Sebelas penunjuk perasaan ditembak mati dan ramai orang cedera dalam keadaan kelam-kabut itu, termasuk 20 polis.

    Pertempuran ganas telah terjadi antara para pembantah dan polis di Chennai, sebagai tindak balas marah selepas polis membunuh beberapa orang pembantah di Tuticorin. – AFP

    Seorang lagi pembantah mati semalam apabila dia terkena peluru getah dalam bantahan pada hari kedua.

    Mangsa terbaru meninggal dunia di hospital hari ini, dua hari selepas mengalami kecederaan, kata doktor. “Dia dibawa masuk dalam keadaan kritikal dengan luka tembakan dan meninggal dunia hari ini,” beritahu seorang doktor di hospital tempatan kepada AFP.

    Ketua menteri Tamil Nadu telah mengarahkan satu siasatan dilancarkan tetapi mempertahan tindakan polis, yang digelar oleh pemimpin pembangkang negeri sebagai ‘pembunuhan beramai-ramai’. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda