Sunday, February 9, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bantahan krisis tenaga di Afrika Selatan

    JOHANNESBURG, 25 JAN – Beratus-ratus orang kelmarin turun ke jalan raya di Johannesburg untuk membantah krisis tenaga berpanjangan yang menyebabkan pemotongan bekalan elektrik di Afrika Selatan.

    Penunjuk perasaan berkumpul di tengah-tengah ibu kota kewangan negara perindustrian Afrika untuk berarak ke ibu pejabat parti pemerintah Kongres Nasional Afrika (ANC).

    Kebanyakannya memakai baju berwarna biru, warna parti pembangkang utama, Pakatan Demokratik (DA), yang menganjurkan perhimpunan itu.

    Ada yang memegang papan tanda bertulis ‘cukuplah’, ‘kuasa kepada rakyat’ dan ‘pelepasan beban membunuh pekerjaan’.

    Pemotongan bekalan elektrik berjadual, yang dikenali sebagai pelepasan beban, telah membebankan Afrika Selatan selama bertahun-tahun, dengan firma tenaga milik kerajaan, Eskom gagal memenuhi permintaan dan menyelenggara infrastruktur tenaga arang batu yang semakin tua.

    Namun, gangguan itu telah mencapai tahap keterlaluan baharu sejak 12 bulan yang lalu, dengan bekalan elektrik terputus beberapa kali sehari kadangkala selama hampir 12 jam secara keseluruhan.

    Beberapa ratus penyokong ANC turut berkumpul di ibu pejabat parti untuk mengadakan demonstrasi balas.

    Protes juga dirancang di lokasi lain di seluruh negara, termasuk di Cape Town. – AFP

    Pemimpin DA, John Steenhuisen (tengah), menyanyi dan bersorak bersama ahli semasa perarakan mereka ke Luthuli House, ibu pejabat ANC di Johannesburg, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda