Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 4 SEPTEMBER – Pasukan Polis Diraja Brunei dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, meminta kerjasama dan bantuan daripada orang ramai untuk mengesan seorang perempuan remaja tempatan berusia 18 tahun yang dilaporkan keluar dari rumah.
Menurut kenyataan berkenaan, satu laporan telah dibuat di Balai Polis Bandar Seri Begawan, untuk membantu mengesan seorang remaja perempuan yang berusia 18 tahun, Nur Fadilah Kalysha binti Dzulfadli yang mempunyai kad pengenalan, 01-141927 (Kuning) yang dipercayai keluar dari rumah.
Sehubungan dengan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai dengan remaja perempuan berkenaan boleh menghubungi Balai Polis Bandar Seri Begawan di talian 2242334 atau talian kecemasan Polis, 993 dan mana-mana Balai-balai Polis yang berdekatan.
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2023/09/IMG-20230904-WA0021-507x1024.jpg)