Sunday, October 6, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bantu cari Nurul Amal Syazatul Hafizah

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 OKT – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) meminta kerjasama dan bantuan daripada orang ramai untuk mengesan seorang remaja perempuan tempatan berusia 14 tahun yang dilaporkan telah keluar dari rumah.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh PPDB, di sini, satu laporan telah dibuat di Balai Polis BSB untuk membantu mengesan Dayang Nurul Amal Syazatul Hafizah binti Mohd Isa (Gambar serahan PPDB).

    Sehubungan dengan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai remaja berkenaan boleh menghubungi Balai Polis BSB di talian 2242334, talian kecemasan polis 993 dan mana-mana balai polis yang berdekatan.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda