Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 29 NOV – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) memohon kerjasama dan bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja perempuan dalam pencarian.
Menurut kenyataan PPDB, hari ini, satu laporan telah dibuat di Balai Polis Muara bagi mengesan seorang remaja perempuan iaitu Nurul Syafiqah binti Halamir yang berusia 19 tahun dengan nombor PPT, 00-131647 (kuning).
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai perempuan tersebut, bolehlah menghubungi Balai Polis Muara di talian 2770140, talian kecemasan polis 993 atau mana-mana balai polis berdekatan.
