Oleh Sim Y. H.
Gambar serahan PPDB
BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JAN – Pasukan Polis Diraja Brunei meminta kerjasama dan bantuan daripada orang ramai untuk mengesan seorang remaja perempuan tempatan berusia 19 tahun yang dilaporkan keluar dari rumah.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh PPDB, di sini, hari ini, satu laporan telah dibuat di Balai Polis Bandar Seri Begawan untuk membantu mengesan Nurhaziqah binti Haji Awang Shahrol (gambar) yang mempunyai kad pengenalan 01-142795 (kuning).
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai remaja berkenaan boleh menghubungi Balai Polis Bandar Seri Begawan di talian 2242334, talian kecemasan polis 993 dan mana-mana balai polis yang berdekatan.