Monday, April 21, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bantu cari Siti Hawa

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 JULAI – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) memohon kerjasama dan bantuan orang ramai untuk mengesan seorang pekerja warga asing yang dilaporkan lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan PPDB, laporan mengenai pekerja perempuan warganegara Indonesia iaitu Siti Hawa binti Awahab Ibrahim yang berusia 41 tahun dengan nombor pasport, C8834402 telah dibuat di Balai Polis Tutong.

    Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai lelaki berkenaan boleh menghubungi Balai Polis Tutong di talian 4221206, talian kecemasan polis 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

    Siti Hawa binti Awahab Ibrahim, 41 tahun. – Gambar serahan PPDB
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda