Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 2 JUN – Persatuan Kereta Tahan Lasak Brunei (PKTLB) baru-baru ini, telah mengadakan penyampaian derma sedekah barang asasi kepada warga emas, balu dan kurang upaya Kampung Batong dan Kampung Panchor Murai yang berlangsung di Masjid Jefri Bolkiah, Kampung Batong.
Penyampaian derma telah disempurnakan oleh Ketua Kebajikan PKTLB, Awang Abidin bin Haji Musa.
Majlis berkenaan turut dihadiri oleh Ketua Muslimah Masjid Jefri Bolkiah, Hajah Kamariah binti Haji Badar dan Pemangku Ketua Kampung Panchor Murai, Haji Ismail bin Haji Jumat.
Sumbangan yang disampaikan kepada 33 orang warga emas, balu dan kurang upaya itu adalah daripada PKTLB sendiri dan orang-orang perseorangan.
Perjalanan penghantaran diteruskan lagi ke Kampung Kasat untuk dua buah rumah fakir miskin. Dengan adanya sumbangan seperti ini, ia diharapkan agar dapat membantu dan sama-sama menyediakan keperluan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang.
