Wednesday, March 19, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bantu insan memerlukan

    Penyanyi Aiman Tino, berhasrat meneruskan misi amal, Program Pertama Kasih bagi membantu lebih ramai insan yang memerlukan.

    Aiman berkata, program digerakkan bersama kakaknya, Fara Hezel dan penyanyi Izzmad Harun itu pada mulanya untuk membantu teman seperjuangan yang juga sepupunya, Haziq yang terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 5 Julai lalu.

    Terdahulu, Haziq yang membonceng motosikal rakannya terbabit dalam kemalangan di Jalan Sungai Besi, di sini, ketika dalam perjalanan ke Bukit Jalil, mengakibatkan kaki kanannya cedera parah.

    Sebelum itu, bekas vokalis Putera Band itu terbabit dalam kemalangan pada 2017 lalu apabila motosikal yang ditunggangnya merempuh sebuah lori yang diletakkan di bahu jalan.

    Akibat kemalangan itu, Haziq mengalami kecederaan pada paru-paru, retak tulang tengkuk dan patah tulang rusuk. Sementara itu, Aiman mengakui, terharu melihat maklum balas orang ramai, termasuk teman artis yang ingin menjadi sebahagian daripada misi amal mereka.

    “Kami juga merancang program kedua di Teluk Intan, Perak dan segala maklumat berkaitan, boleh diperoleh menerusi Instagram kami. Jika tiada aral, kempen menerusi acara busking ini bakal berlangsung setiap dua bulan atau mengikut keperluan ,” katanya lagi.

    Menyentuh perkembangan sepupunya, Aiman memaklumkan, luka pada bahagian kaki Haziq semakin baik, malah kakinya juga sudah boleh digerakkan.

    “Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Sebagai saudara terdekat, saya hanya boleh memberikan kata semangat. Ketika melawatnya, baru-baru ini, saya nampak Haziq sudah boleh menggerakkan kakinya dan lebih bertenaga. Kami doakan Haziq terus kuat dan cepat sembuh,” katanya. – Agensi

    Aiman berkata, program yang digerakkan bersama kakaknya, Fara Hezel dan penyanyi Izzmad Harun itu pada mulanya untuk membantu teman seperjuangan yang juga sepupunya, Haziq yang terbabit dalam kemalangan jalan raya. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda