Sunday, October 6, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bantu keluarga pelajar ditimpa musibah

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Okt – Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Sekolah-sekolah terus prihatin untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan terutama bagi keluarga dan murid atau pelajar yang ditimpa musibah bagi meringankan beban mereka.

    Sehubungan itu, seramai sembilan orang murid dan pelajar dari Sekolah Rendah Perpindahan Lambak Kanan Jalan 10, Sekolah Menengah Sayyidina Abu Bakar, Sekolah Rendah Pusar Ulak, Maktab Sultan Omar ‘Ali Saifuddien (SOAS) dan Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri (STPRI) yang menjadi mangsa kebakaran rumah di Kampung Perpindahan Lambak Kanan pada 17 September lalu dan Kampung Sumbiling Lama pada 18 September lalu menerima derma masing-masing dalam Majlis Penyampaian Sumbangan Derma yang berlangsung di Maktab SOAS, di sini, hari ini.

    Klik di sini untuk berita lanjut.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda