Saturday, December 21, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bantu keperluan anak yatim

    Oleh Pg Fairol RMF

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Jun – Seramai 40 orang anak yatim piatu Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri (STPRI) menerima sumbangan derma daripada STPRI dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) STPRI.

    Penyampaian derma pada majlis yang berlangsung di Dewan Baru STPRI telah disempurnakan oleh Pengetua STPRI, Hajah Susilawati binti DP Haji Muhammad selaku tetamu kehormat majlis.

    Awang Mohd Shukri bin Haji Marzuki selaku Pengerusi PIBG menjelaskan bahawa majlis berkenaan diadakan bagi menanamkan perasaan simpati dalam diri dan menimbulkan perasaan belas kasihan kepada mereka yang kurang bernasib baik.

    “Majlis ini dapat meringankan bebanan anak-anak yatim dan piatu agar mereka tidak berasa tersisih dalam masyarakat di samping mengasuh sikap kasih sayang dan saling bantu-membantu kepada mereka yang memerlukan bantuan,” tambahnya.

    Majlis turut diselajurkan dengan Majlis Bertahlil Arwah dan berbuka puasa.

    Anak-anak yatim piatu dari STPRI menerima sumbangan derma disampaikan oleh Hajah Susilawati.
    Anak-anak yatim piatu dari STPRI menerima sumbangan derma disampaikan oleh Hajah Susilawati.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda