Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bantu kesan 2 pekerja asing lari

    Oleh Syahmi Hassan

    Gambar serahan PPDB

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 JUN – Pasukan Polis Diraja Brunei memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan dua orang pekerja warganegara asing yang dilaporkan lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, laporan telah dibuat di Balai Polis Sengkurong untuk mengesan seorang pekerja lelaki Bangladesh, dan seorang pekerja lelaki Indonesia yang dipercayai lari daripada majikan mereka.

    Pekerja-pekerja terbabit ialah Md Ached Ahmed, 20, dengan nombor pasport B00849766, dan Cep Idrus Pirdaus, 30, dengan nombor pasport E5250061.

    Sehubungan dengan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai dengan lelaki berkenaan boleh menghubungi Balai Polis Sengkurong melalui talian 2661334, talian kecemasan polis 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

    Md Ached Ahmed, 20 tahun.
    Cep Idrus Pirdaus, 30 tahun.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda