BANDAR SERI BEGAWAN, 11 NOV – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan dua pekerja warganegara asing yang dilaporkan lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.
Laporan telah dibuat di Balai Polis Sengkurong untuk mengesan dua pekerja perempuan warganegara Indonesia iaitu Sahram yang berusia 55 tahun dengan nombor pasport, 51-540967 dan Lusiati yang berusia 30 tahun dengan nombor pasport E8686734.
Sehubungan dengan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai dengan lelaki berkenaan boleh menghubungi Balai Polis Sengkurong di talian, 2661334, atau talian kecemasan polis 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.


