BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Mei – Pasukan Polis Diraja Brunei memohon kerjasama dan bantuan orang ramai untuk mengesan lima orang pekerja lelaki warga Bangladesh yang lari daripada majikan.
Menurut kenyataan Pasukan Polis Diraja Brunei, laporan telah dibuat di Balai Polis Tutong, Daerah Polis Tutong mengenai H U Musa Ahamed, 25, yang memegang pasport bernombor AE7372560, Mohammad Shakil Mondal, 26, dengan pasport BB0955451, Sahin Mia, 25, dengan pasport BH0590426, Abdulla Mondol, 28, dengan pasport BM0627058 dan Mosaraf Hossain, 27, yang mempunyai pasport bernombor BL0118118.
Alamat terakhir kelima-lima mereka adalah di Simpang 41 KM.28, Jalan Tutong, Kampung Sungai Kelugos.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenainya sila hubungi Balai Polis Tutong, Daerah Polis Tutong melalui talian 4221206 / 4221333 dan hotline 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.
