BANDAR SERI BEGAWAN, 11 MEI– Pasukan Polis Diraja Brunei dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang anak perempuan dipercayai keluar dari rumah.
Laporan telah dibuat di Balai Polis Kampong Ayer untuk mengesan individu tersebut iaitu Nur Ryeane Shakilla Binti Mohd Shah yang berusia 14 tahun dengan nombor kad pengenalan 01-186630.
Sehubungan dengan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai individu berkenaan boleh menghubungi Balai Polis Kampong Ayer di talian, 2202333 atau talian kecemasan polis, 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.
