Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 16 DIS – Pasukan Polis Diraja Brunei dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang pekerja buruh yang dilaporkan lari daripada majikan.
Laporan telah dibuat di Balai Polis Limau Manis untuk mengesan seorang wanita warganegara Indonesia iaitu Jumiati yang berusia 22 tahun dengan nombor pasport AU602260.
Sehubungan dengan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai wanita berkenaan boleh menghubungi Balai Polis Limau Manis di talian, 2683035 atau talian kecemasan polis, 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.