Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 12 JAN – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPBD) memohon kerjasama daripada orang ramai untuk mengesan dua orang buruh lelaki yang dipercayai lari dari majikan.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh PPDB, satu laporan telah dibuat di Balai Polis Berakas untuk mengesan seorang buruh lelaki warganegara Bangladesh iaitu Rafiqul Islam berusia 33 tahun dengan nombor pasport: EK0059697 yang dipercayai lari dari majikan.
Manakala itu, PPDB dalam kenyataan yang berasingan menyatakan bahawa satu laporan telah dibuat di Balai Polis Lamunin untuk mengesan seorang buruh lelaki warganegara Indonesia iaitu Budi Santosa berusia 41 tahun dengan nombor pasport: E8520063, yang dipercayai lari dari majikan.
Sehubungan dengan itu, PPDB memohon kerjasam dan bantuan orang ramai untuk mengesan mereka dan jika mereka mempunyai sebarang maklumat mengenai lelaki berkenaan boleh menghubungi Balai Polis Berakas di talian 2330410, Balai Polis Lamunin di talian 4237374 atau talian kecemasan polis 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.