Oleh Sim Y. H.
Gambar serahan Pasukan Polis Diraja Brunei
BANDAR SERI BEGAWAN, 8 MEI – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) memohon dan kerjasama orang ramai untuk mengesan dua pekerja warganegara asing yang dilaporkan lari daripada majikan.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan PPDB, dua laporan telah pun dibuat di Balai Polis Sengkurong mengenai dua pekerja berkenaan iaitu Mohd Jamal Hossain yang merupakan warganegara Bangladesh, dengan nombor pasport BX0465008 dan Aceng, warganegara Indonesia dengan nombor pasport C73050335.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kedua-dua pekerja warga asing berkenaan diminta menghubungi Balai Polis Sengkurong di talian 2661334 atau talian kecemasan 993, atau mana-mana balai polis yang berdekatan.