Sunday, July 13, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bantu kesan dua pekerja lari

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan PPDB

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 SEPT – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, hari ini, memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan dua orang pekerja warganegara asing yang dilaporkan lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.

    Menurut kenyataan berkenaan, laporan mengenai kedua-dua pekerja warganegara Bangladesh itu, Md Ziarul Hoque berusia 35 tahun dengan nombor pasport BM0279349 dan Mimun Hassan berusia 34 tahun dengan nombor pasport BH0240987, telah dibuat di Balai Polis Muara.

    Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai dua orang lelaki berkenaan boleh menghubungi Balai Polis Muara melalui talian 2772333 atau talian kecemasan 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

    Md Ziarul Hoque (kiri) Mimun Hassan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda