Oleh Sim Y. H.
Gambar serahan PPDB
BANDAR SERI BEGAWAN, 27 MAC – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang pekerja warganegara asing yang dilaporkan lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan PPDB di sini, laporan telah dibuat di Balai Polis Sungai Liang, untuk mengesan seorang pekerja perempuan warganegara Indonesia iaitu Farida berusia 37 tahun dengan nombor pasport C8437126, yang dipercayai lari daripada majikan.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai perempuan berkenaan boleh menghubungi Balai Polis Sungai Liang melalui talian 3230250, talian kecemasan 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.