Oleh Syahmi Hassan
BANDAR SERI BEGAWAN, 11 JULAI – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang pekerja warganegara asing yang dilaporkan lari dari majikan dan sehingga hari ini belum balik.
Menurut PPDB, laporan untuk mengesan pekerja lelaki warganegara Bangladesh iaitu Imon Mehedi Shahin (gambar) yang berusia 32 tahun dengan nombor pasport, EK0814666 telah dibuat di Balai Polis Sengkurong.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai lelaki berkenaan boleh menghubungi Balai Polis Sengkurong di talian 2661334, talian kecemasan polis 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.


