Gambar serahan PPDB
BANDAR SERI BEGAWAN, 19 MEI – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), kelmarin, memohon kerjasama dan bantuan orang ramai untuk mengesan seorang wanita tempatan yang juga berstatus isteri telah dilaporkan keluar dari rumah.
Menurut PPDB, laporan mengenai Siti Saleha binti Harun, 33, dengan kad pintar 01-046483 telah dilaporkan di Balai Polis Berakas.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai wanita terbabit bolehlah menghubungi Balai Polis Berakas di talian 2330410, talian kecemasan polis 993 atau mana-mana balai polis berdekatan.