Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JULAI – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang lelaki warganegara tempatan yang dikehendaki berikutan satu laporan yang dibuat di Unit Siasatan Jenayah Penderaan Wanita dan Kanak-kanak, Jabatan Siasatan Jenayah.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan PPDB, di sini, hari ini, lelaki yang dikehendaki itu ialah Muhammad Audillah bin Haji Idris berusia 38 tahun dengan kad pengenalan 01-049160 (Kuning).
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai keberadaan lelaki berkenaan boleh menghubungi Unit Siasatan Jenayah Penderaan Wanita dan Kanak-kanak, Jabatan Siasatan Jenayah melalui talian 2459500 sambungan 796/797 atau talian kecemasan 933 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.