Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bantu kesan lelaki keluar rumah

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 OKT – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, meminta kerjasama dan bantuan daripada orang ramai untuk mengesan seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun yang dilaporkan keluar dari rumah.

    Menurut kenyataan itu, satu laporan telah dibuat di Balai Polis Berakas, Daerah Polis Brunei dan Muara untuk membantu mengesan Aiman bin Ahmad dengan kad pengenalan 00-306676 (Kuning) yang keluar dari rumah.

    Orang ramai ingin mengetahui maklumat lebih lanjut boleh melayari laman sesawang PPDB, www.police.gov.bn.

    Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai lelaki berkenaan boleh menghubungi Balai Polis Berakas, Daerah Polis Brunei dan Muara di talian 2335333, talian kecemasan polis 993 dan mana-mana balai polis yang berdekatan.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda