BANDAR SERI BEGAWAN, 29 OGOS – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang lelaki warga tempatan yang dikehendaki bagi membantu siasatan.
Menurut kenyataan berkenaan, satu laporan telah dibuat untuk mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan pihak Unit Siasatan Jenayah Penderaan Wanita dan Kanak-kanak, Jabatan Siasatan Jenayah iaitu Awang Norul Azim bin Haji Sulaiman dengan nombor kad pengenalan, 00-312769 (kuning).
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai keberadaan lelaki berkenaan, mereka boleh menghubungi Unit Siasatan Jenayah Penderaan Wanita dan Kanak-kanak, Jabatan Siasatan Jenayah melalui talian 2459500 sambungan 490/333 atau talian kecemasan polis 993.










