BANDAR SERI BEGAWAN, 11 DIS – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dalam kenyataan yang dikeluarkan, hari ini, memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang lelaki tempatan yang dikehendaki bagi membantu siasatan.
Menurut kenyataan itu, satu laporan telah dibuat untuk mengesan Adi Farid Riswandi bin Idris dengan nombor kad pengenalan, 00-318378 (kuning).
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai keberadaan lelaki berkenaan, mereka boleh menghubungi Jabatan Siasatan Jenayah melalui talian 2459500 sambungan 490 atau talian kecemasan polis 993 atau mana-mana balai polis berdekatan.