Bantu kesan lelaki warga asing

Oleh Sim Y. H.
Gambar serahan PPDB

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 JUN – PPDB memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang lelaki warganegara asing yang dikehendaki bagi membantu siasatan polis.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan PPDB, di sini, hari ini, Arman Hassan (gambar bawah) yang merupakan warga Bangladesh berusia 38 tahun dengan mempunyai pasport BF 0088529, dikehendaki untuk membantu siasatan di Unit Siasatan Jenayah Penderaan Wanita dan Kanak-kanak, Jabatan Siasatan Jenayah.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai keberadaan lelaki yang dikehendaki berkenaan untuk menghubungi Unit Siasatan Jenayah Penderaan Wanita dan Kanak-kanak, Jabatan Siasatan Jenayah menerusi talian 2459500 sambungan 796/797 atau talian kecemasan 933 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.