BANDAR SERI BEGAWAN, 6 JULAI – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) memohon bantuan dan kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang lelaki autisme berusia 36 tahun yang telah keluar rumah.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan PPDB, laporan me-ngenai Muhammad Zulfadhil Safwan bin Haji Abdul Rahman yang mempunyai kad pengenalan 01-036538 (Kuning) yang dipercayai keluar dari rumah.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai dengan lelaki tersebut boleh menghubungi Balai Polis Sengkurong di talian 2661334 atau talian kecemasan polis 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.


