Friday, October 11, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bantu kesan orang ini

    Oleh Sim Y. H.

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Sept – Pasukan Polis Diraja Brunei dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, hari ini, memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang pekerja warganegara asing yang dilaporkan lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.

    Menurut kenyataan berkenaan, laporan telah dibuat di Balai Polis Pusat Daerah Polis Brunei dan Muara, mengenai seorang pekerja perempuan warganegara Indonesia iaitu Lis Susanti (gambar) yang berusia 24 tahun dengan kad pengenalan bernombor 51-433262 (Hijau), yang dipercayai lari daripada majikan dan hingga ini belum balik.

    Sehubungan dengan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai perempuan berkenaan boleh menghubungi Balai Polis Pusat Daerah Polis Brunei dan Muara, melalui talian, 2242334 dan talian kecemasan polis, 993 atau mana-mana balai-balai polis yang berdekatan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda