Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Bantu kesan pekerja asing lari

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 MEI – Pasukan Polis Diraja Brunei dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang pekerja warganegara asing yang dilaporkan lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.

    Laporan telah dibuat di Balai Polis Berakas untuk mengesan seorang pekerja perempuan warganegara Indonesia iaitu Minah yang berusia 34 tahun dengan nombor pasport, E5641083, yang dipercayai lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.

    Sehubungan dengan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai dengan perempuan berkenaan boleh menghubungi Balai Polis Berakas di talian, 2330410 atau talian kecemasan polis, 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

    Minah, 34 tahun. – Gambar serahan PPDB
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...