Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bantu kesan pekerja asing lari dari majikan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 SEPT – Pasukan Polis Diraja Brunei dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang pekerja warganegara asing yang dilaporkan lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.

    Laporan telah dibuat di Balai Polis Sengkurong untuk mengesan seorang pekerja perempuan warganegara Indonesia iaitu Ani binti Hasan Karim yang berusia 47 tahun dengan nombor pasport, C7400994, yang dipercayai lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.

    Sehubungan dengan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai wanita berkenaan boleh menghubungi Balai Polis Sengkurong di talian, 2661334 atau talian kecemasan polis, 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

    Wanita Indonesia, Ani yang dikehendaki. – GAMBAR SERAHAN PPDB
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda