Wednesday, January 8, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bantu kesan pekerja asing lari dari majikan

    Oleh Sim Y. H. 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 JAN – Pasukan Polis Diraja Brunei dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang buruh warganegara asing yang dilaporkan lari daripada majikan.

    Laporan telah dibuat di Balai Polis Berakas untuk mengesan seorang buruh lelaki warganegara Indonesia iaitu Ahmad Rivaroni yang berusia 35 tahun dengan nombor pasport, E2033848, yang dipercayai lari daripada majikan.

    Sehubungan dengan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai dengan lelaki berkenaan boleh menghubungi Balai Polis Berakas di talian 2330410 atau talian kecemasan polis, 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

    Ahmad Rivaroni. – GAMBAR SERAHAN PPDB
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda