Bantu kesan pekerja lari

Oleh Sim Y. H.
Gambar serahan PPDB

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 OGOS – Pasukan Polis Diraja Brunei memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang pekerja warganegara asing yang dilaporkan lari daripada majikan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan PPDB di sini, hari ini, laporan telah dibuat di Balai Polis Sengkurong mengenai seorang pekerja perempuan warganegara Indonesia iaitu Surnengsih (gambar bawah) berusia 24 tahun dengan nombor pasport, AT 723678 yang dilaporkan lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai perempuan berkenaan boleh menghubungi Balai Polis Sengkurong melalui talian 2661334, talian kecemasan 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.