Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bantu kesan pekerja lari

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan PPDB

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 OGOS – Pasukan Polis Diraja Brunei dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang pekerja warganegara asing yang dilaporkan lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.

    Menurut kenyataan berkenaan, laporan telah dibuat di Balai Polis Pusat Bandar Seri Begawan, Daerah Polis Brunei dan Muara, mengenai pekerja lelaki warganegara Bangladesh iaitu Md Taslim (gambar) berusia 28 tahun dengan nombor pasport, BM0970923.

    Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai lelaki berkenaan boleh menghubungi Balai Polis Pusat Bandar Seri Begawan, Daerah Polis Brunei dan Muara melalui talian 2242334, talian kecemasan 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda