Tuesday, March 18, 2025
22.7 C
Brunei
  • Rileks Jap

Berita Terkini

Bantu kesan pekerja lari

Oleh Mu’min Karim
Gambar serahan PPDB

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 OKT – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dalam kenyataan yang dikeluarkan memohon bantuan dan kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang pekerja asing yang dilaporkan lari daripada majikan.

Menurut PPDB, laporan mengenai pekerja asing warga Bangladesh berkenaan, Saddam (gambar) berumur 35 tahun dengan nombor passport EH0523438 telah dibuat di Balai Polis Sengkurong.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai lelaki berkenaan boleh menghubungi Balai Polis Sengkurong di talian 2661334, talian kecemasan 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

- Advertisment -

Berita Berkaitan

Disyorkan Untuk Awda