Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bantu kesan pekerja lari

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan PPDB

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 JAN – Pasukan Polis Diraja Brunei dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan tiga orang pekerja warganegara asing yang dilaporkan lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.

    Laporan telah dibuat di Balai Polis Bangar, untuk mengesan tiga orang pekerja lelaki warganegara Bangladesh iaitu Sala Uddin berusia 35 tahun dengan nombor pasport, EK0877593; Monir berusia 34 tahun dengan nombor pasport, BY0787590; dan Mohammad Rased Sikdar berusia 28 tahun dengan nombor pasport, BW0086564, yang dipercayai lari daripada majikan.

    Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai lelaki-lelaki berkenaan boleh menghubungi Balai Polis Bangar melalui talian 5221333, talian kecemasan 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

    Sala Uddin
    Monir
    Mohammad Rased Sikdar

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda