Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Bantu kesan pekerja lari

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 FEB – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dalam kenyataannya, di sini, memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang pekerja warganegara asing yang dilaporkan lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.

    Laporan telah dibuat di Balai Polis Muara untuk mengesan seorang pekerja lelaki warganegara Bangladesh iaitu Md Sumon Matubbor yang berusia 27 tahun dengan nombor pasport, A022633377.

    Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai lelaki berkenaan boleh menghubungi Balai Polis Muara melalui talian 2770140, talian kecemasan polis 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

    Md Sumon Matubbor. – Gambar serahan PPDB
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...