Friday, September 20, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bantu kesan pekerja lari

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan PPDB

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 APRIL – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang pekerja warganegara asing yang dilaporkan lari
    daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.

    Menurut PPDB, laporan untuk mengesan seorang pekerja lelaki warga Bangladesh iaitu Mokhles Mia (gambar) yang berusia 26 tahun dengan nombor pasport, A02926602, telah dibuat di Balai Polis Seria.

    Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai lelaki berkenaan boleh menghubungi Balai Polis Seria di talian 3222612, talian kecemasan polis 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda