Oleh Sim Y. H.
Gambar serahan PDB
BANDAR SERI BEGAWAN, 29 MAC – Pasukan Polis Diraja Brunei memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan tiga orang pekerja warganegara asing yang dilaporkan lari daripada majikan.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan PDB, di sini, hari ini, laporan telah dibuat di Balai Polis Kuala Belait mengenai seorang pekerja wanita warganegara Indonesia iaitu Julina dengan pasport bernombor C2155111 dan dua orang pekerja lelaki warganegara Bangladesh iaitu Md Kalam Khan berusia 45 tahun dengan pasport BP 0270742 serta Mohammad Faruk Islam berusia 30 tahun dengan pasport BA 0424543 yang dilaporkan lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai wanita dan lelaki berkenaan boleh menghubungi Balai Polis Kuala Belait melalui talian 3334324 atau talian kecemasan polis 993, mana-mana balai polis yang berdekatan, laman sesawang www.police.gov.bn atau instagram @upa.ppdb.


