Sunday, July 13, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bantu kesan pekerja lari dari majikan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 JULAI – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang pekerja warganegara asing yang dilaporkan lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.

    Laporan telah dibuat di Balai Polis Bandar Seri Begawan untuk mengesan seorang pekerja lelaki warganegara Bangladesh iaitu Rabbi dengan nombor pasport, A03208085, yang dipercayai lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.

    Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai lelaki berkenaan boleh menghubungi Balai Polis Bandar Seri Begawan di talian, 2242334 atau talian kecemasan polis, 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

    Warga Bangladesh yang dikehendaki, Rabbi – GAMBAR SERAHAN PPBD
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda