BANDAR SERI BEGAWAN, 15 OKT – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang pekerja buruh warganegara asing yang dilaporkan lari dari majikan.
Laporan telah dibuat di Balai Polis Sungai Liang untuk mengesan seorang pekerja lelaki Indonesia bernama Aji Julhakim yang berusia 38 tahun dengan nombor pasport, C8802950.
Sehubungan dengan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai lelaki berkenaan boleh menghubungi Balai Polis Sungai Liang di talian, 3230250 atau talian kecemasan polis, 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.


