BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Mac – Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) memohon kerjasama dan bantuan orang ramai bagi mengesan pekerja wanita Indonesia yang melarikan diri daripada majikan dan sehingga kini belum pulang.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan PDB di sini, hari ini, laporan telah dibuat di Balai Polis Berakas mengenai pekerja warga Indonesia dikenali sebagai Nurul Fadilah, 27 tahun dengan nombor pasport B2279894 yang dipercayai melarikan diri daripada majikan.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai wanita tersebut bolehlah menghubungi Balai Polis Berakas di talian 2335333, talian kecemasan 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.
