Oleh Syahmi Hassan –
BANDAR SERI BEGAWAN, 18 SEPT – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang pekerja warganegara asing yang dilaporkan lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, laporan telah dibuat di Balai Polis Bandar Seri Begawan untuk mengesan Md Moyazzem Hossen, 54 tahun, warganegara Bangladesh dengan nombor pasport A03068298, yang dipercayai lari daripada majikan.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai lelaki berkenaan boleh menghubungi Balai Polis Bandar Seri Begawan melalui talian 2242334, 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.
