Oleh Sim Y. H. –
BANDAR SERI BEGAWAN, 4 JAN – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang pekerja warganegara asing yang dilaporkan lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.
Laporan telah dibuat di Balai Polis Sengkurong untuk mengesan seorang pekerja perempuan warganegara Indonesia iaitu Aan Indiani berusia 25 tahun dengan nombor pasport, C8943297.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai perempuan berkenaan boleh menghubungi Balai Polis Tutong di talian 4221333, talian kecemasan 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.
