BANDAR SERI BEGAWAN, 11 OGOS – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang pekerja yang dilaporkan lari daripada majikan.
Laporan telah dibuat di Balai Polis Tutong untuk mengesan seorang lelaki warganegara Indonesia iaitu Moh Yani yang berusia 37 tahun dengan nombor pasport E2889600.
Sehubungan dengan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai lelaki berkenaan boleh menghubungi Balai Polis Tutong di talian 4222580 atau talian kecemasan polis, 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.
Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, PPDB memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan tiga pekerja yang dilaporkan lari daripada majikan.
Laporan telah dibuat di Balai Polis Berakas untuk mengesan seorang lelaki warganegara Indonesia iaitu Irwansyah yang berusia 43 tahun dengan nombor pasport C4056688 dan dua orang warganegara Filipina iaitu Airic Dedicatoria Dela Cerna berusia 42 tahun dengan nombor pasport P4345910B dan Edwin Mancao Polancos berusia 41 tahun dengan nombor pasport P5986232B.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai lelaki berkenaan boleh menghubungi Balai Polis Berakas di talian 2330410 atau talian kecemasan polis 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.



